Layan bola ketika jalani pembedahan

Pesakit tersebut diberikan bius separuh badan (spinal anaesthesia). - Foto Agensi
Pesakit tersebut diberikan bius separuh badan (spinal anaesthesia). - Foto Agensi
A
A
A

WARSAW - Seorang peminat bola sepak di Poland menonton Piala Dunia FIFA ketika dia sedang menjalani pembedahan pada 25 November lalu.

Gambar prosedur itu yang telah menjadi tular dikongsi pengusaha terkenal India, Anand Mahindra dengan kapsyen 'adakah lelaki ini layak julang piala?'

Menerusi tweet yang dikongsi Mahindra, insiden itu berlaku di SP ZOZ MSWiA di bandar Kielce.

"Dia meminta kebenaran doktor kerana tidak mahu terlepas perlawanan antara Wales dan Iran dan akhirnya set TV dibawa masuk ke bilik bedah sebelum lelaki itu diberikan bius separuh badan (spinal anaesthesia)," ujarnya.

Gambar tersebut turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial berkenaan.

"Selain pesakit itu, pasukan profesional perubatan tersebut juga layak menerima piala kerana dapat menunaikan permintaannya untuk menonton bola walaupun ketika pembedahan," kata seorang pengguna.

Terdapat juga pengguna yang menyokong kaedah seperti itu yang didakwa dapat menghilangkan rasa takut pada pesakit. - Agensi

Artikel Berkaitan: