Isu RM600 billion: SPRM akan bertemu Sany Hamzan

Mohamad Sany Hamzan
Mohamad Sany Hamzan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan pertemuan bersama Pengarah Biro Mobilisasi, Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sany Hamzan berkaitan dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber, pertemuan itu dijangka akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan maklumat berkaitan dakwaan terbabit.

"Sany sebelum ini mendakwa bahawa beliau mengumpul pelbagai bukti pelanggaran prosedur berkaitan dakwaan penyelewengan terbabit.

"Dakwaan itu turut dikatakan akan diserahkan beliau kepada pihak berkuasa," kata sumber pada Khamis.

Pada Khamis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion.

Kenyataan yang dikeluarkan SPRM itu turut menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional dari semua sudut berkaitan isu tersebut.

Pada 30 November, Ahli Parlimen Hulu Langat itu membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion yang didakwa berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan: