Myanmar selamatkan bot pelarian Rohingya hampir karam

Pelarian Rohingya yang terselamat dibawa ke pantai Bluka, Teubai di Aceh pada November lalu. - Foto AFP
Pelarian Rohingya yang terselamat dibawa ke pantai Bluka, Teubai di Aceh pada November lalu. - Foto AFP
A
A
A

YANGON - Lebih 150 etnik Rohingya berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki mereka hampir karam berhampiran Thailand, kata tentera Myanmar pada Khamis.

Ribuan pelarian Rohingya yang berdepan tindakan keras junta Myanmar mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun dengan merentasi laut untuk mencari perlindungan di Malaysia dan Indonesia.

Dalam insiden terbaharu, bot membawa 48 wanita dan 106 lelaki dikesan berada berhampiran pelantar minyak terletak kira-kira 240 kilometer dari bandar Myeik, Myanmar.

Menurut kenyataan junta, kakitangan dari pelantar minyak yang dikendalikan Perbadanan Minyak dan Gas Asli Myanmar serta rakan kongsi swasta telah menghantar dua bot penyelamat kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) Rabu untuk membawa pelarian ke tempat selamat.

Tambahnya, mereka tidak dapat memastikan di mana bot itu yang membawa 154 orang telah berlepas dan tiba berhampiran di pelantar minyak tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan junta sebelumnya menyatakan kumpulan itu datang dari kem pelarian di Bangladesh dan dalam perjalanan ke Indonesia. - AFP

Artikel Berkaitan: