Kekalahan Streram tidak jejas peluang Anwar jadi PM

Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

SHAH ALAM - Kekalahan PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, menerusi calonnya Dr S Streram tidak menjejaskan peluang Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki jawatan Perdana Menteri.

Penganalisis politik yang juga pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, PRK tidak sama sentimennya dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

"Ia tidak ada kaitan terhadap peluang Anwar sebagai PM.

"PRK isu setempat dan fokus satu kawasan kecil mana mungkin dibandingkan dengan prestasi keseluruhan Parlimen malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

PRK DUN Rantau menyaksikan Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi itu buat penggal keempat selepas menewaskan tiga pencabarnya yang lain.

Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.

Selain Mohamad, PRK itu ditandingi calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd. Nor Yassin.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, berdasarkan ukuran prestasi PRU14 dan kerusi keseluruhan PKR ternyata Anwar lebih berhak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Itu yang saya rasakan," katanya.

Anwar sebelum ini disebut bakal menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri berdasarkan pemeterian persetujuan bersama rakan komponen PH.