Lagu Aduh, waris P Ramlee dapat royalti: Altimet

Altimet
Altimet
A
A
A

SHAH ALAM - Penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet menyerahkan kesemua royalti lagu Aduh Malaysia kepada waris seniman agung Tan Sri P Ramlee.

Menurutnya, hak lupus royalti berkenaan akan tiba menjelang 50 tahun lagi.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ini kepada waris P Ramlee. 2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya dapatkan hasil intelek dia.

“Hak ini lupus 50 tahun selepas pencipta meninggal, Lagi ramai orang nyanyi lagi banyak mereka dapat. Jadi, terima kasih semua,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

Akta Hak Cipta 1987 memberi tempoh perlindungan selama 50 tahun kepada sesebuah karya selepas kematian penciptanya. Tiada lagi imbuhan royalti kepada waris sejurus kontrak royalti tamat.

Lagu Aduh merupakan inspirasi daripada P Ramlee menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok kemudiannya digubah Altimet.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ia menjadi trend semasa kempen oleh pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan: