SKBJ lancar Rumah Ngaji sempena 100 tahun

Pelancaran Rumah Ngaji SKBJ Selising menjadi pemangkin kepada murid sekolah itu mendekatkan diri dengan al-Quran
Pelancaran Rumah Ngaji SKBJ Selising menjadi pemangkin kepada murid sekolah itu mendekatkan diri dengan al-Quran
A
A
A

KOTA BHARU - Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (SKBJ) Selising, Kelantan melancarkan Rumah Ngaji sempena sambutan 100 tahun sekolah itu pada 25 November lalu.

Kelainan itu dianjurkan bersama beberapa program istimewa lain selama dua hari sambutan 100 tahun sekolah berkenaan.

Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dalam ucapannya ketika melancarkan Rumah Ngaji berkata, semua murid dapat meluangkan masa membaca al-Quran sekurang-kurangnya selama satu jam setiap hari.

Menurut beliau, kewujudan Rumah Ngaji juga mampu meningkatkan minat yang menjadi pemangkin kepada murid mendekatkan diri dengan kalam al-Quran.

"ALLAH SWT memberi kita 'tugas' setiap hari iaitu solat, mengaji dan berinfak.

"Justeru, melalui kempen Rumah Ngaji, sekurang-kurangnya sudah dapat membantu mengembangkan satu daripada 'tugasan' yang perlu dilaksanakan," katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali; Guru Besar SKBJ Selising, Fadzillah Sidik; Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datuk Adnan Hashim dan Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Serta Kawalan Kualiti Warisan Ummah Ikhlas, Safri Muhammad Zein.

Artikel Berkaitan: