BN, PN sengit di DUN Tioman

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mengesahkan kertas undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mengesahkan kertas undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.
A
A
A

ROMPIN - Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim menguasai persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman setakat jam 8.10 malam Rabu.

Mohd Johari mendahului dengan 3,926 manakala Nor Idayu sedikit tertinggal dengan 2,977 undi.

Tiga lagi calon iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada Pakatan Harapan memperoleh 374 undi dan Sulaiman Bakar (Bebas) meraih (22undi) Osman A. Bakar dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebanyak 34 undi.

PRU15 DUN Tioman diadakan lewat susulan kematian calon PN, Allahyarham Md Yunus Ramli yang meninggal dunia 19 November lalu ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Mohd Johari menyandang kerusi DUN Tioman sejak 2008 dan menang dengan majoriti 1,280 undi dalam pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi termasuk 262 pengundi awal dan tiga pengundi pos.

Artikel Berkaitan: