Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$109.7 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.7 bilion pada 30 November 2022.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.7 bilion pada 30 November 2022.
A
A
A

SHAH ALAM - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.7 bilion pada 30 November 2022, naik berbanding AS$105.2 bilion pada 31 Oktober 2022.

BNM dalam kenyataan pada Rabu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan berserta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab mata wang asing; kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); Hak Pengeluaran Khas (SDR); emas dan aset rizab lain.

Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM509.01 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.35 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM56.98 bilion).

Artikel Berkaitan: