PM bertemu Bilal Erdogan

Anwar mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa. - Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa.

Melalui hantaran di laman Facebooknya pada Rabu Anwar berkata, pertemuan berkenaan diadakan sempena kunjungan Bilal ke Kuala Lumpur.

"Insya-ALLAH, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat," kata Perdana Menteri yang turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Bilal ialah anak kedua Erdogan dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Erdogan antara pemimpin dunia terawal yang mengucapkan tahniah kepada Anwar selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Dalam perbualan telefon selama kira-kira 10 minit antara kedua-dua pemimpin itu, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan. - Bernama

Artikel Berkaitan: