Kebakaran libat bilik sampah, tiada kerugian dilaporkan: MOF

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan bilik sampah di kompleks kementerian itu di sini pada Selasa.

Menurut Kementerian Kewangan, kejadian kebakaran kecil telah berlaku pada jam 2.26 petang di bilik sampah yang terletak di Aras G, Blok Utara, Bangunan Perbendaharaan.

"Kebakaran kecil tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain di Bangunan Perbendaharaan.

"Tiada kecederaan dan tiada sebarang kerugian dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Susulan kejadian itu, Kementerian Kewangan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca kejadian insiden kebakaran tersebut.

Artikel Berkaitan: