Polis, TNB potong bekalan elektrik premis judi, pelacuran

Kakitangan TNB dan polis sedang melaksanakan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian dan pelacuran di sekitar Sentul pada Selasa.
Kakitangan TNB dan polis sedang melaksanakan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian dan pelacuran di sekitar Sentul pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Sentul telah menjalankan beberapa siri serbuan ke atas 20 premis perjudian dalam talian dan 19 premis pelacuran di sekitar daerah ini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kebanyakan premis yang diserbu itu adalah rumah kedai yang disewa oleh sindiket pelacuran dan perjudian bagi menjalankan aktiviti tersebut.

"Hasil daripada serbuan yang telah dilakukan, sebanyak tujuh premis telah dipotong bekalan elektrik pada 2 Mac lalu dan dua premis lagi telah dipotong bekalan elektrik oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada hari ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Eng Lai berkata, operasi pemotongan bekalan elektrik akan diteruskan dari masa ke masa sebagai langkah untuk mengurangkan kegiatan pelacuran dan perjudian di daerah itu.

"Tindakan pemotongan bekalan elektrik di premis ini dibuat selaras mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Eng Lai berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati melanggar undang-undang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan ini boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206," katanya.

Artikel Berkaitan: