Pengurus madrasah diarah bela diri kes lucah melampau

Syamsul Zaman (kanan) hadir ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selesa.
Syamsul Zaman (kanan) hadir ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selesa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengurus madrasah yang dikenali sebagai 'Ustaz Budak' diarah bela diri atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 34, diarah membela oleh Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani pada keputusan di akhir kes pendakwaan.

Mohd Izdham dalam keputusan itu mendapati pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan berjaya membuktikan kes prima facie.

“Mahkamah menilai secara maksimum dan berpuas hati dengan keterangan pengadu.

“Mahkamah menerima keterangan pengadu dan lima saksi pendakwaan lain serta pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie. Sehubungan itu, tertuduh diarah bela diri,” katanya.

Syamsul Zaman memilih untuk memberi keterangan bersumpah berbanding pilihan kedua, keterangan tanpa mengangkat sumpah atau ketiga, berdiam diri.

Mengikut pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang berusia 30 tahun di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada jam 1.15 pagi, 16 Disember 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syamsul Zaman membela diri pada 25 Januari depan.

Untuk rekod, tertuduh masih berdepan beberapa lagi kes berkaitan tuduhan seksual yang dalam perbicaraan di mahkamah.