Tuan Ibrahim dipilih ketua pembangkang di Pahang

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

ROMPIN - Perikatan Nasional (PN) Pahang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka merangkap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, selain Ketua Pembangkang, PN Pahang juga menamakan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus sebagai Ketua Whip.

Beliau mengesahkan cadangan pemilihan nama kedua-dua pemimpin itu, hasil perbincangan daripada rakan gabungan dalam PN.

"Saya akan menulis surat kepada Speaker DUN untuk memaklumkan pelantikan dua pemimpin daripada PN.

"Kita juga mencadangkan supaya ketua pembangkang DUN ini diberi kerusi dan status rasmi sebagaimana sesetengah DUN negeri lain serta mengikut contoh dipraktiskan di Dewan Rakyat," katanya.

Beliau ketika mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Rompin pada Selasa.

Dalam pada itu, cadangan pelantikan Ketua Pembangkang dan Ketua Whip merupakan jawatan pertama kali yang akan diwujudkan dalam DUN Pahang.

Cadangan mewujudkan kedua-dua jawatan terbabit adalah selari dengan Dewan Rakyat Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dari Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Indera Mahkota juga menegaskan, penamaan dan pemilihan Ketua Pembangkang dan Ketua Whip ini adalah persedian PN untuk menjadi pembangkang yang konstruktif di DUN Pahang.