'Hanya ulas isu berkaitan MOT, bukan politik' - Anthony

Anthony memulakan tugas sebagai Menteri Pengangkutan pada Selasa.
Anthony memulakan tugas sebagai Menteri Pengangkutan pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke enggan menjawab pertanyaan media berhubung isu politik ketika hari pertama bertugas di kementerian berkenaan, di sini pada Selasa.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, beliau hanya akan menjawab persoalan berkaitan kementeriannya sahaja jika sidang media diadakan di pejabatnya.

Pendekatan saya kalau saya berada di dalam bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT), saya tidak akan menjawab apa-apa isu politik...saya akan fokus kepada isu berkaitan Kementerian Pengangkutan.

“Biarlah pihak lain nak cakap apa itu hak dia, kita telah pun diberikan mandat, kita diberikan tanggungjawab oleh Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai menteri. Jadi, tugas saya ialah fokus kepada tugas sebagai Menteri Pengangkutan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Kementerian Pengangkutan di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa wakil rakyat DAP mendapat banyak manfaat dalam Kerajaan Perpaduan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anthony, sebarang persoalan mengenai politik hanya akan dijawab jika beliau berada dalam program parti dan bukan kementerian kerana itu merupakan pendiriannya.

“Bukan saya nak angkuh bukan saya sombong, bukan saya tak nak jawab soalan. Kalau isu politik boleh tanya saya dekat luar, kalau ada program parti boleh tanya saya isu politik, kalau program sidang media

"Di Kementerian Pengangkutan, saya hanya akan menjawab isu-isu berkenaan kementerian, itu stand (pendirian) saya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada media dan berharap agar media dapat memahami pendiriannya itu.

Pada Isnin, Abdul Hadi mendakwa, DAP menikmati banyak manfaat walaupun tidak ramai ahli Parlimen parti itu terpilih untuk memegang jawatan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.