Muhyiddin bersumpah tak ambil dana daripada syarikat judi

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KULIM - Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan menerima dana daripada syarikat judi untuk menampung kos kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tuduhan yang dilemparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara itu adalah tuduhan berat.

Beliau turut bersumpah tidak mengambil walau satu sen pun sumbangan daripada syarikat judi.

"Dia (Anwar) kata kita kempen pilihan raya ini pakai duit judi. Kot (mungkin) dia kot... Saya tak nak kata, tapi ada maklumat kata kot dia kot.

"Wallahi kami takkan lakukan perkara-perkara yang haram sebegitu. Takkan terima walau sesen pun sumbangan daripada mana-mana pihak gaming company hanya kerana kami nak duit haram," katanya dalam ceramah grand finale Parlimen Padang Serai di Taman Selasih di sini, pada Isnin.

Pada Isnin, Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas.

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar berkata dana pilihan raya untuk parti 'Melayu' dan parti 'Islam' datang dari syarikat perjudian.

Sementara itu, Pas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan bayangan dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian.

Artikel Berkaitan:

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas amat kesal dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.