Dana judi: Dakwaan tidak berasas, Pas gesa kemuka bukti

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan bayangan dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas amat kesal dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan Pas menuntut Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.

“Sekiranya gagal Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Menurutnya, Kementerian Kewangan juga mendapati ‘pelanggaran’ dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Artikel Berkaitan: