Kisah Heung-min si pemakai topeng di Piala Dunia

Heung-min - Foto Agensi
Heung-min - Foto Agensi
A
A
A

SON Heung-min tampil sekian kalinya di Piala Dunia Qatar 2022 ketika Korea Selatan menentang Brazil dalam pusingan 16 terbaik kejohanan yang berlangsung di Stadium 974 - Ras Abu Aboud, awal pagi Selasa.

Penyerang Tottenham Hotspur itu sebelum ini berjaya mendapat lampu untuk beraksi di Piala Dunia walaupun mengalami keretakan sekitar mata kirinya semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille di Stade Velodrome.

Pemain berusia 30 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-29, digantikan Yves Bissouma selepas berlaga dengan Chancel Mbemba ketika kelab London itu menang 2-1 ke atas Olympique Marseille pada 1 November, kemudiannya memerlukan pembedahan.

Namun tiga minggu selepas itu Heung-min kembali dibenarkan untuk menyertai Taegeuk Warriors semula sebagai persediaan ke Qatar 2022.

Biarpun Heung-min mendapat lampu hijau menyertai rakan sepasukannya sebelum Piala Dunia, dia masih dalam proses pemulihan, pemain itu perlu memakai topeng pelindung hitam.

Pengendali Taegeuk Warriors, Paulo Bento juga mengenakan arahan berpasukan untuk membincangkan kesihatan pemain bintangnya tersebut untuk perlawanan pembukaan menentang Uruguay di Stadium Education City, 24 November lalu.

“Kita perlu semak dan analisa hari demi hari perkembangannya, biarlah dia datang...

“Kami mempunyai masa untuk membuat keputusan yang betul dan keputusan yang terbaik untuk kami semua,” kata Bento.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Heung-min sebelum ini berazam untuk beraksi sepenuh hati di Piala Dunia demi negaranya: “Saya tidak akan terlepas ini untuk dunia. Saya tidak sabar untuk mewakili negara Korea yang indah.

“Saya hanya mahu meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas mesej sokongan yang saya terima sepanjang minggu lalu.

"Saya telah membaca begitu banyak daripada mereka dan benar-benar menghargai anda semua. Dalam masa yang sukar saya menerima banyak kekuatan daripada anda!

"Bermain untuk negara anda di Piala Dunia adalah impian ramai sejak kanak-kanak, sama seperti ia juga salah satu daripada saya."

Korea Selatan mengakhiri cabaran Qatar 2022 setelah tewas 1-4 kepada pasukan pilihan, Brazil dalam perlawanan 16 terbaik di Stadium 974 - Ras Abu Aboud.

Pada edisi Rusia 2018, Korea Selatan mengakhiri cabaran di kedudukan ketiga Kumpulan F - tewas kepada Sweden 0-1, kecundang 1-2 kepada Mexico, sebelum mengejutkan Jerman 2-0.