Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: 1,576 kes baharu, tiga kematian direkod

Sebanyak 1,576 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
Sebanyak 1,576 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,576 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,716.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 21,800 kes dengan 20,198 atau 92.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,504 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di hospital.

Sejumlah 98 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 69 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pula sebanyak 2,278 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,943,392 kes.

Artikel Berkaitan: