Portugal tak pandang mudah Switzerland

William Carvalho - Foto EPA
William Carvalho - Foto EPA
A
A
A

KEJAYAAN Portugal melakar kemenangan besar ke atas Switzerland di Liga Negara-Negara pada Jun lalu, disifatkan sebagai pencapaian yang sudah berlalu.

Sebaliknya pemain tengah, William Carvalho menyifatkan pertemuan untuk kali ketiga kedua-dua pasukan tahun ini di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Rabu menjanjikan perlawanan lebih sengit

“Saya pasti kami akan berdepan pasukan Switzerland yang banyak penguasaan bola dan kami bersedia untuk itu.

“Ada kejutan (di Piala Dunia ini), itu hakikat, kami perlu fokus dari minit pertama hingga ke minit terakhir supaya perlawanan berjalan mengikut kehendak kita, dan bukan sebaliknya,” kata Carvalho.

Pada aksi Kumpulan B Liga Negara-Negara, 6 Jun lalu, Portugal menewaskan Switzerland, 4-0 di Stadium Jose Alvalade sebelum anak buah Murat Yakin bangkit untuk menang 1-0 di Stade de Geneve, pada 13 Jun.

Portugal sebelum itu mengesahkan kemaraan selepas muncul juara Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 setelah menewaskan Ghana (3-2) dan Uruguay (2-0) sebelum tunduk 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir.

Artikel Berkaitan: