Ugut guna parang akibat selisih faham jual air minuman

Seorang penjual ditahan di Balai Polis Taman Melawati, di sini pada Ahad selepas hadir serah diri untuk siasatan kes ugut jenayah dengan bersenjatakan parang. - Gambar hiasan
Seorang penjual ditahan di Balai Polis Taman Melawati, di sini pada Ahad selepas hadir serah diri untuk siasatan kes ugut jenayah dengan bersenjatakan parang. - Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang penjual ditahan di Balai Polis Taman Melawati, di sini pada Ahad selepas hadir serah diri untuk siasatan kes ugut jenayah dengan bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek lelaki tempatan itu ditahan pada jam 1.30 petang.

Katanya, polis turut merampas sebilah parang berukuran 52 sentimeter (cm) berwarna hitam.

Semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkenaan dengan penjualan air minuman," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jelas Mohamad Farouk, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada 25 Oktober lalu selepas pengadu berusia 22 tahun bersama emak angkatnya telah didatangi suspek semasa berada di stesen minyak di Taman Melawati kira-kira jam 8.30 malam.

"Pengadu dan ibu angkatnya turut diacu parang selain turut diugut," ujarnya.

Artikel Berkaitan: