Formula ampuh Switzerland mampu tundukkan Portugal

Shaqiri mahu rakan sepasukan Switzerland mempamerkan semangat berpasukan tinggi. -Foto EPA
Shaqiri mahu rakan sepasukan Switzerland mempamerkan semangat berpasukan tinggi. -Foto EPA
A
A
A

SKUAD Switzerland memiliki senjata ampuh untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022, namun mereka perlu bekerja keras secara berpasukan sekiranya mahu menundukkan Portugal yang dipimpin bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dalam saingan kalah mati pada Rabu.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di Liga Negara-Negara Jun lalu yang menyaksikan Switzerland tewas 0-4 sebelum bangkit dengan kemenangan 1-0, namun ia bukan perbandingan sekiranya sudah memasuki pusingan 16 terbaik.

Pemain sensasi, Xherdan Shaqiri menganggap pentas Piala Dunia berbeza dan mempunyai cabaran tersendiri yang memerlukan para pemain mengawal sebarang tekanan dengan baik.

“Ia sesuatu yang sangat berbeza kerana tiada perlawanan persahabatan, ini bukannya Liga Negara-Negara. Tekanannya lebih tinggi dan penting buat pemain untuk mengawal tekanan itu.

“Pemain perlu pamer prestasi terbaik. Jujurnya Portugal adalah sebuah skuad yang baik dan bagi saya mereka adalah pasukan pilihan, tetapi kami tahu kualiti yang kami miliki,” ujar Shaqiri.

Pemain berusia 31 tahun itu meledak ketika Switzerland menewaskan Serbia 3-2 untuk mara ke pusingan 16 terbaik bertemu Portugal yang menjanjikan cabaran menarik buat kedua-dua pasukan.

“Kunci utama adalah untuk mendapatkan prestasi luar biasa daripada semua pemain. Kami adalah Switzerland, kami tidak mempunyai Cristiano (Ronaldo) dalam pasukan ini.

“Sebagai sebuah pasukan, kami sentiasa memperoleh kejayaan dan ia pasti akan diterapkan pada perlawanan itu nanti. Semua orang perlu bersama, andai ia dapat mencapai tahap prestasi tertinggi mereka, maka saya pasti kami mempunyai peluang untuk mara,” kata Shaqiri.

Artikel Berkaitan: