Switzerland pahat hatrik tempah slot pusingan kalah mati

Freuler (kanan) menyumbat gol kemenangan Switzerland ketika menewaskan Serbia 3-2 dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia Qatar di Stadium 974 pada Sabtu. - Foto EPA
Freuler (kanan) menyumbat gol kemenangan Switzerland ketika menewaskan Serbia 3-2 dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia Qatar di Stadium 974 pada Sabtu. - Foto EPA
A
A
A

SKUAD Switzerland mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Serbia 3-2 di Stadium 974 pada Sabtu.

Kemenangan itu meletakkan Switzerland sebagai naib juara Kumpulan G dan akan bertemu Portugal dalam pusingan 16 terakhir.

Pada aksi itu Switzerland terlebih dahulu di depan menerusi Xherdan Shaqiri pada minit ke-20.

Serbia bagaimanapun meledak dua kali menerusi Aleksandar Mitrovic dan Dusan Vlahovic untuk mendahului permainan.

Switzerland kemudian kembali menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Breel Embolo.

Bersambung tiga minit babak kedua Remo Freuler meledak gol kemenangan Switzerland.

"Ia perlawanan yang sukar dan kami bangkit semula dengan berani. Ia adalah perlawanan antarabangsa pertama saya selepas sekian lama dan perlawanan penting sebegini cukup mencabar.

"Akhirnya kami amat gembira kerana memenanginya," kata penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel yang menggantikan Yann Sommer selepas penjaga gol utama itu direhatkan kerana masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Switzerland berjaya mara ke pusingan 16 terbaik bagi setiap kejohanan Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah sejak tahun 2014.

Mereka menamatkan saingan Kumpulan G di tempat kedua dengan enam mata, manakala Brazil menjuarai kumpulan dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas dikejutkan oleh Cameroon 1-0.