Johor sasar wujud 10 TMIYC dalam lima tahun

Tunku Ismail (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan peserta pameran sempena majlis berkenaan.
Tunku Ismail (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan peserta pameran sempena majlis berkenaan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor menyasarkan untuk memiliki 10 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di setiap daerah seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, secara keseluruhannya TMIYC bakal menjadi hub bagi golongan belia di negeri Johor.

"TMIYC ini bertaraf antarabangsa dan akan jadi hub bagi belia di seluruh negeri Johor...sebab itu kita bercadang nak wujudkan TMIYC ini di setiap daerah.

"Dari segi pengisiannya pula, ia bukan sekadar riadah tetapi ada elemen education (pendidikan), usahawan, sukarelawan dan banyak lagi yang akan kita masukkan sekali.

"Insya-ALLAH dalam lima tahun kita akan dapat 'cover' kesemua 10 daerah...kita sasarkan begitulah," katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pecah Tanah TMIYC Iskandar Puteri di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Medini yang disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Untuk rekod, TMIYC Iskandar Puteri merupakan yang ketiga dibina selepas TMIYC Hutan Bandar Johor Bahru yang dibuka dengan rasminya pada Disember 2020 manakala TMIYC Muar pula sedang dalam pembinaan.

Tunku Ismail (kanan) diberikan taklimat mengenai TMIYC Iskandar Puteri di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Medini pada Ahad.
Tunku Ismail (kanan) diberikan taklimat mengenai TMIYC Iskandar Puteri di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Medini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan juga, dua lagi TMIYC dirancang untuk diwujudkan di Pasir Gudang dan Kluang pada 2023.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kewujudan TMIYC akan memastikan golongan muda tidak lagi terbiar atau terasing.

Menurutnya, golongan berkenaan akan menjadikan TMIYC ini sebagai tempat berkumpul dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.

"Saya yakin adanya tempat-tempat seperti ini atau port orang muda, mereka (orang muda), tidak terbiar atau terasing dengan melepak sana-sini.

"Kita sedia maklum TMIYC juga bukan sahaja untuk orang muda tetapi (dapat memupuk) semangat kekeluargaan, di mana mereka akan berkumpul dan beriadah bersama keluarga.

"Itulah hasrat TMJ (Tunku Ismail) sebagai kesatuan orang Johor, orang muda Johor bersama keluarga pastikan sentiasa dalam keadaan muafakat," ujarnya.