Remaja maut motosikal terbabas langgar pembahagi jalan

Polis
Polis
A
A
A

AMPANG - Seorang pekerja pusat cuci kenderaan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 18.9 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC menghala ke Kuala Lumpur.

"Siasatan mendapati motosikal yang ditunggang mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 20 tahun itu hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian yang merupakan kawasan selekoh.

"Motosikal mangsa kemudian terbabas ke lorong kanan jalan sebelum merempuh tembok batu di tengah jalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa telah terjatuh dan terseret di atas jalan sehingga menyebabkan mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kanan serta pendarahan pada bahagian kepala.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Ampang. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sekiranya ada saksi bebas yang menyaksikan kejadian terbabitt diminta tampil menyalurkan maklumat kejadian dengan berhubung Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348," jelasnya.

Artikel Berkaitan: