2,069 tangkapan kes dadah di Kemaman

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Asistan Superintendan Mohd Khairi Abdullah (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah kepada Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar (kanan) sambil diperhatikan Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan (tengah) di Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di Kemaman pada Ahad

A
A
A

KEMAMAN – Polis berjaya melakukan 2,069 tangkapan melibatkan 1,998 kes dadah di daerah ini sepanjang Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 208 kes disiasat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Sebanyak 52 tangkapan (46 kes) dibuat di bawah Seksyen 39B ADB1952, 27 tangkapan (18 kes) di bawah Seksyen 39A (2) ADB 1952 dan 145 tangkapan (139 kes) di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952.

"Lain-lain tangkapan melibatkan sebanyak 603 tangkapan (556 kes) di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952, Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 sebanyak 1,220 tangkapan melibatkan 1,220 kes.

"Bagi Seksyen 6 ADB 1952, kita berjaya membuat 6 tangkapan (3 kes) dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 (16 kes) 16 tangkapan," katanya ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman di Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada Ahad.

Sementara itu, beliau berkata, indeks jenayah Januari 2022 hingga November tahun ini meningkat 6.7 peratus (18 kes) menjadikan 288 kes berbanding 270 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan kegiatan jenayah terutama pada musim tengkujuh," kata beliau.

Pada majlis itu, Pegawai Turus Latihan dan Sukan Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar menggantikan Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah yang bertukar ke IPD Tanah Merah, Kelantan sebagai Ketua Polis Daerah.

Artikel Berkaitan: