304 anggota undi awal di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukan jari yang sudah dicelup dengan dakwat kekal selepas menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin hari ini. - Foto: Bernama

A
A
A
KUALA LUMPUR - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang melibatkan 304 anggota polis pada Sabtu berjalan lancar.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kira-kira 93.42 peratus atau 71 anggota polis mengundi awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah.

Bagi DUN Tioman, Pahang pula, katanya, kira-kira 95.88 peratus atau 233 anggota polis mengundi awal di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan Bilik Maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

"SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: