Harap kabinet beri tumpuan manifesto PRU15

Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada guru pembimbing yang menyertai Festival Islam dan Apresiasi Kecemerlangan pada Sabtu.
Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada guru pembimbing yang menyertai Festival Islam dan Apresiasi Kecemerlangan pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Barisan menteri kabinet yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat memberi tumpuan kepada manifesto yang disenaraikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ramai menteri dilantik yang berpengalaman dalam politik.

"Kita tunggu dan lihat keberkesanan kabinet itu kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Festival Islam dan Apresiasi Kecemerlangan di sini pada Sabtu.

Beliau turut berpendapat pelantikan itu juga tidak memberi kesan kepada pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Anwar pada Jumaat mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan dua Timbalan Perdana Menteri dilantik iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadilah Yusof.

Sementara itu, Ahmad ketika berucap merasmikan Festival Islam dan Apresiasi Kecemerlangan berkata, program berkenaan dapat menjadi wasilah yang baik untuk menyampaikan dakwah secara mesra dan santai kepada masyarakat.

Tambah beliau, kerjasama antara kerajaan dan agensi di negeri ini turut membantu menangani gejala sosial berdasarkan dakwah.

"Kita yakin pengisian melalui program ini dapat menyuburkan syiar dan penghayatan Islam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara pengisian sepanjang Festival Islam dan Apresiasi Kecemerlangan ialah Pertandingan Hafazan al-Quran, Pertandingan Pidato dan Pertandingan Azan.