GPS beri tumpuan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Fadillah

Fadillah bersalaman dengan hadirin pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Masjid Bintangor dan Haji Taha (MBHT) pada Sabtu. - Foto Bernama
Fadillah bersalaman dengan hadirin pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Masjid Bintangor dan Haji Taha (MBHT) pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A
KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu terus memberi tumpuan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan demi membangunkan ekonomi dan rakyat Malaysia seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kerajaan Perpaduan adalah stabil dan kuat serta ini dibuktikan menerusi sokongan 148 Ahli Parlimen selain Belanjawan 2023 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas.

"Bagi GPS, itu (kestabilan kerajaan) fokus kita dan kita tak mahu berpolitik lagi, kerana sekarang ini (adalah) masanya untuk membangun dan memulihkan ekonomi negara demi rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 anjuran Masjid Bintangor dan Haji Taha (MBHT) di sini malam Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. - Bernama