214 mangsa terjejas banjir di Selangor

Suasana di salah satu PPS di Selangor. - Foto APM Selangor
Suasana di salah satu PPS di Selangor. - Foto APM Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan seramai 214 mangsa yang terjejas akibat banjir setakat Sabtu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor memaklumkan, jumlah itu melibatkan sebanyak 58 keluarga yang terjejas akibat banjir di tiga daerah di Selangor sejak Selasa lalu.

"Empat PPS di daerah Sepang iaitu di, Dewan Taman Gemilang, Dengkil; Dewan Orang Ramai, Dengkil; dan Dewan Komuniti Datuk Ahmad Razali manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Dengkil dalam mod bersedia.

"Masing-masing satu PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang, Kuala Langat dan Dewan Camelia Height dalam daerah Petaling," menurut kenyataan pada Sabtu.

APM Selangor berkata, seramai 170 mangsa banjir ditempatkan di PPS dalam daerah Sepang melibatkan 46 buah keluarga di sini yang terjejas.

Sementara itu, seramai 25 mangsa banjir di tempatkan di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang, Kuala Langat sejak Jumaat.

"Seramai 16 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga ditempatkan di Dewan Camelia Height di Petaling sejak jam 2 pagi, Sabtu," katanya.

Artikel Berkaitan: