[VIDEO] Buku teks Dong Zong didakwa ada kesilapan

Abdul Raof ketika program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk 'Isu UEC, sampai bila?' di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.
Abdul Raof ketika program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk 'Isu UEC, sampai bila?' di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Buku teks keluaran Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) didakwa mempunyai kesilapan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.

Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin mendakwa, merujuk beberapa buku teks Dong Zong, meskipun berbahasa Cina, namun selepas ditaksirkan, pihaknya mendapati penerangan beberapa bahagian sejarah Malaysia dikecilkan termasuk mengenai tatatertib solat disifatkan salah.

"Berdasarkan buku teks Dunia 1, semua dalam bahasa Cina tetapi saya dapat laporan daripada pegawai Kementerian Pendidikan, bukan satu kesilapan (dan mereka) menafikan (kandungan) buku sejarah itu (ada kesilapan) namun memang betul (perkara itu).

"Hari ini kita lihat buku ini, terkejut saya berkaitan solat, dilukis karakter orang yang sedang sujud terkangkang. Selain perempuan boleh mengimamkan solat bersama lelaki.

"Jadi, Dong Zong kena semak terlebih dahulu sebelum keluarkan (buku teks) dengan menjemput pakar sepertimana buku teks sekolah," katanya ketika program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk 'Isu UEC, sampai bila?' yang dihoskan Finaz Yunus di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Berikutan itu, menurut Abdul Raof, cara Dong Zong itu dilihat seolah-olah sengaja membuat buku teks berkenaan untuk menimbulkan perasaan tidak membina atau mewujudkan negara bangsa.

"Buku teks bukan untuk diiktiraf hasilnya tetapi nilai. Buku teks dari Kementerian Pendidikan nilai sejajar dengan kokurikulum yang membina negara bangsa.

"Jadi apabila kita beri dan mengajar (buku teks itu kepada) pelajar majoriti Cina akan membuat mereka terpengaruh (jika ada unsur negatif)," ujarnya yang juga bekas guru 13 tahun pengalaman.

Artikel Berkaitan: