Pekerja pejabat pos gempar premis dipecah masuk

Kawasan tingkap bilik air yang diumpil suspek masuk ke dalam pejabat pos melalui tandas.
Kawasan tingkap bilik air yang diumpil suspek masuk ke dalam pejabat pos melalui tandas.
A
A
A

TANAH MERAH - Pekerja di Pejabat Pos Tanah Merah gempar selepas menyedari premis itu dipecah masuk pagi tadi.

Kejadian hanya disedari selepas pihak pengurusan ingin memulakan tugas di pejabat pos itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, suspek dipercayai mengumpil tingkap di kawasan tandas dan masuk melalui kawasan itu.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini kita lakukan pemeriksaan secara menyeluruh dan sedang mengesan suspek untuk tindakan lanjut. Kita dapati suspek juga memecahkan peti besi dalam pejabat pos itu.

"Suspek juga turut menyelongkar peti besi berkenaan yang mempunyai sejumlah wang tunai," katanya.

Artikel Berkaitan: