Dua wakil Sabah barisi kabinet Kerajaan Perpaduan

Ewon Benedick, Armizan Mohd Ali
Ewon Benedick, Armizan Mohd Ali
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua wakil dari Sabah menjadi wajah baharu yang membarisi kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Ewon Benedick dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Armizan Mohd Ali dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).

Ewon adalah Ahli Parlimen Penampang dan juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) selain pernah memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah ketika pentadbiran kerajaan Warisan Plus.

Sementara itu, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Kedua-dua mereka merupakan muka baharu yang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Ewon menewaskan penyandang Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking dan Armizan menewaskan penyandang Parlimen Papar, Ahmad Hassan.

Kedua-dua kerusi yang mereka menangi adalah milik parti Warisan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: