Motosikal terbabas, wanita maut digilis treler

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang remaja berusia 19 tahun maut digilis sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Batu Caves menghala Bulatan Kepong di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, wanita terbabit dipercayai terjatuh daripada motosikal ditungganginya sebelum digilis sebuah treler sekitar jam 11.40 pagi Jumaat.

"Kejadian melibatkan seorang wanita tempatan yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave dan sebuah treler dipandu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal di kiri bahu jalan telah hilang kawalan dan terjatuh sebelum digilis treler yang sedang bergerak di lorong sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Eng Lai berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagia kepala disahkan maut di lokasi kejadian.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: