Banjir: LZS peruntuk RM19 juta bantu mangsa

Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (dua dari kanan), Sabirin (kanan) dan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman (dua dari kiri) pada Majlis Serahan Sumbangan Dana TKPH dan Geran Pendidikan Pelajar OKU LZS di Auditorium 1 Hospital Al Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam di sini pada Jumaat.

A
A
A

PUNCAK ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM19 juta sebagai persediaan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, bantuan dikenali sebagai 'LZS Peduli' itu mula dibuka kepada pemohon pada 21 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini jumlah pemohon masih rendah berkemungkinan fenomena banjir tidak seteruk berbanding tahun lalu.

"Dianggarkan kira-kira 400 permohonan sudah dibuat sejak bantuan ini dibuka kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serahan Sumbangan Dana Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) dan Geran Pendidikan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Lembaga Zakat Selangor di Auditorium 1 Hospital Al Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam di sini pada Jumaat.

Mohd Sabirin memberitahu, bantuan itu boleh dimohon semua umat Islam tanpa mengira sama ada mereka dalam golongan asnaf atau pun tidak.

"Ini adalah salah satu inisiatif bantuan daripada Zakat Selangor secara 'one-off' kepada ketua keluarga yang terjejas akibat banjir dan hanya satu permohonan sahaja bagi setiap rumah kediaman.

"Bagi pemilik rumah yang terjejas teruk akibat banjir boleh melayari laman web LZS di www.zakatselangor.com.my/peduli," kata beliau.

Artikel Berkaitan: