Berapakah saiz ideal kabinet Kerajaan Perpaduan?

Teka-teki saiz kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dijangka bakal terjawab.
Teka-teki saiz kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dijangka bakal terjawab.
A
A
A

SETELAH lebih seminggu Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditubuhkan, tumpuan 32 juta rakyat Malaysia kini terarah kepada bentuk Jemaah Menteri baharu yang dijangka dilantik awal bulan ini.

Dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengulangi komitmen memastikan pembentukan kabinet baharu adalah bersaiz kecil dan tidak berasaskan 'ganjaran politik', ramai pemerhati meramalkan jumlah portfolio kementerian bakal diwujudkan sekitar 20 hingga 25 buah sahaja.

Angka itu juga dijangka lebih relevan berbanding jumlah portfolio kementerian diwujudkan bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Keluarga Malaysia yang melibatkan 31 menteri, manakala kerajaan PH pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebanyak 27.

Baca analisis penuh di Sinar Premium

Artikel Berkaitan: