Malaysia mara separuh akhir hoki Piala Negara-Negara FIH

Para pemain negara meraikan kejayaan mengalahkan Jepun 5-1 dalam saingan terakhir Kumpulan B Piala Negara-Negara FIH di Afrika Selatan pada Khamis. Foto FB MHC
Para pemain negara meraikan kejayaan mengalahkan Jepun 5-1 dalam saingan terakhir Kumpulan B Piala Negara-Negara FIH di Afrika Selatan pada Khamis. Foto FB MHC
A
A
A

SKUAD Malaysia mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) setelah membenam Jepun 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.

Kejayaan itu meletakkan skuad kendalian Arul Selvaraj di tempat kedua kumpulan selepas meraih enam mata hasil dua kemenangan, tiga mata di belakang Korea Selatan yang mendahului kumpulan.

Kenduri gol skuad Malaysian Tigers bermula seawal minit kedua hasil gol padang Muhammad Najib Abu Hassan.

Bagaimanapun Jepun pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi Kosei Kawabe tiga minit kemudian.

Gol penyamaan itu tidak mengendur strategi menyerang skuad negara sebalik terus tampil garang.

Serangan bertali arus itu membuahkan hasil apabila berlaku ledakan gol kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Aminuddin Mohd Zain pada minit ke-23.

Penyerang prolifik, Faizal Saari turut mencatat nama selaku penjaring apabila menghasilkan gol padang pada minit ke-34.

Muhammad Najib sekali lagi mempamerkan bisa apabila meledak gol padang yang juga gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu pada minit ke-29.

Artikel Berkaitan:

Pemain sensasi, Mohamad Ashran Hamsani melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol kelima seminit kemudian.

Skuad negara akan membuat perhitungan dengan juara Kumpulan A sama ada Afrika Selatan atau Ireland bagi perebutan tiket ke final.