Murid duduki peperiksaan dalam banjir berlaku semalam

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Video tular memaparkan sekumpulan murid sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam keadaan banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak di sini berlaku pada petang Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, hasil pemantauan dijalankan mendapati banjir kilat berlaku ekoran hujan lebat yg berterusan melebihi sejam di kawasan Kajang.

Menurutnya, banjir kilat tersebut berlaku kira-kira jam 4.30 petang berketinggian 0.6 meter.

"Ketika kejadian seramai 64 murid berumur 11 tahun sedang menduduki peperiksaan UPKK yang dipantau penjaga peperiksaan melibatkan lapan orang guru.

"Keadaan terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, air kemudian surut sepenuhnya kira-kira jam 7 petang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor menjalankan pemantauan di lokasi terlibat banjir kilat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak di sini pada Khamis.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor menjalankan pemantauan di lokasi terlibat banjir kilat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak di sini pada Khamis.

Katanya, kawasan sekolah yang terlibat dalam banjir kilat itu merupakan kawasan rendah.

"Siasatan mendapati kawasan tersebut sering berlaku banjir kilat.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kejadian banjir kilat berkenaan hanya melibatkan kawasan sekolah" katanya.

Pada Khamis, tular video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar sekolah sedang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam keadaan banjir.

Kejadian dipercayai berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak di sini berlaku pada petang Rabu.