Enam suspek keldai akaun ditahan

Polis menahan enam individu disyaki menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM25,500 dalam siri serbuan pada Rabu.
Polis menahan enam individu disyaki menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM25,500 dalam siri serbuan pada Rabu.
A
A
A

BALIK PULAU - Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM25,500 dalam siri serbuan pada Rabu.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, pada Khamis, kesemua suspek berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Mereka yang ditahan dipercayai menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan dalam urusan jual beli komputer riba, telefon bimbit, kereta dan emas melalui dalam talian serta sindiket penghantaran barang melalui dalam talian (Parcel Scam).

"Berdasarkan siasatan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah antara RM1,000 sehingga RM25,500 melibatkan kes yang dilaporkan pada tahun 2005, 2020, 2021 dan 2022," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua suspek direman direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu. - Bernama

Artikel Berkaitan: