Empat keldai akaun termasuk warga emas ditahan

No Image Caption
A
A
A

BALIK PULAU - Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM47,006, pada Selasa.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan empat lelaki berusia 25 hingga 68 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.

"Berdasarkan siasatan mereka disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket dalam penipuan iaitu menyamar sebagai pegawai Touch N Go, pinjaman wang tidak wujud melalui dalam talian dan pelaburan Forex Torque Market LTD.

"Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM300 sehingga RM47,006 membabitkan kes yang dilaporkan pada tahun 2021, 2022 dan 2023," menurut kenyataan itu.

Semua mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama