Exco Pahang angkat sumpah esok

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Pahang Isnin lalu.
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Pahang Isnin lalu.
A
A
A
KUANTAN - Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang dijadual berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan pada Jumaat.

Berdasarkan maklumat jemputan kepada pihak media, majlis dijadualkan berlangsung jam 2.30 petang.

Bagaimanapun tidak dinyatakan senarai barisan Exco yang dipilih mewakili BN dan PH setakat ini.

Kerajaan Negeri Pahang dibentuk melalui gabungan BN dan PH atas perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, Isnin lalu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 daripada 41 kerusi DUN Pahang manakala PH hanya memperoleh lapan kerusi,

Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.

Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang tergantung sebelum ini ekoran tiada gabungan parti bertanding memperoleh majoriti.
Artikel Berkaitan: