DUN Sabah lulus Bajet 2023 berjumlah RM5.138 bilion

Hajiji ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet Sabah 2023 pada sidang DUN Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
Hajiji ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet Sabah 2023 pada sidang DUN Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis meluluskan Bajet Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion.

Bajet terbesar dalam perbelanjaan negeri itu diluluskan selepas dibentang Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat lalu.

Menerusi bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan berkaitan bajet itu dipersetujui sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, usul RUU Perbekalan itu diluluskan dengan suara terbanyak.

Ia membabitkan kelulusan wang berjumlah RM4,910,768,828 untuk perbelanjaan negeri pada tahun hadapan.

Selain usul belanjawan, turut diluluskan ialah RUU Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2022) Untuk Penambahan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Badan Profesional Perakaunan Negeri Sabah.

Satu lagi ialah RUU Pindaan Enakmen Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Covid-19 (No 5 Tahun 2020) yang dibentangkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Artikel Berkaitan: