Rugi RM2 juta, 20 kereta rosak dihempap bumbung runtuh

Kira-kira 20 kereta rosak teruk ditimpa bumbung runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat pada petang Rabu.
Kira-kira 20 kereta rosak teruk ditimpa bumbung runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat pada petang Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kira-kira 20 buah kereta rosak akibat dihempap bumbung yang runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat pada petang Rabu.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu membabitkan tiga buah kedai yang menjual kereta terpakai di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi.

Seorang pekerja, Bohari Ahmad, 49, berkata, bunyi dentuman kuat mengejutkan dia dan lapan pekerja yang berada di pejabat ketika angin kencang berlaku.

"Apabila saya keluar saya lihat bumbung telah runtuh, saya lihat angin berpusing dan hujan lebat.

Keadaan bumbung sebuah kedai jualan kereta terpakai yang runtuh akibat angin kencang pada petang Rabu.
Keadaan bumbung sebuah kedai jualan kereta terpakai yang runtuh akibat angin kencang pada petang Rabu.

"Saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh,'' katanya ketika ditemui pada Khamis.

Bohari berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak kedai kereta terpakai itu dibuka awal tahun 90-an.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 100 buah kereta berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000.

Artikel Berkaitan:

Menurut Bohari, kira-kira 20 kereta rosak teruk akibat dihempap bumbung dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan pada tiga buah bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai.