Labi-labi hampir pupus ditemui cedera parah

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Labi-labi Diraja yang ditemui dengan cengkerang retak ditemui di Sungai Sri Ambel, Kemboja. - Agensi
Labi-labi Diraja yang ditemui dengan cengkerang retak ditemui di Sungai Sri Ambel, Kemboja. - Agensi
A
A
A

PHNOM PENH - Seorang nelayan yang tinggal di sepanjang Sungai Sri Ambel di wilayah barat daya Koh Kong, Kemboja menemui seekor Labi-labi Diraja yang hampir pupus dengan cengkerang retak teruk.

Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) dalam satu kenyataan bahawa labi-labi betina itu mengalami kesan retak di cengkerang yang berkemungkinan disebabkan kipas bot laju atau dilanggar kapal perlombongan pasir, lapor Xinhua.

"Seorang nelayan menyelamatkan labi-labi itu dan menyerahkannya kepada pasukan pemuliharaan WCS kami.

"Labi-labi seperti ini pernah dilepaskan dalam sistem Sungai Sre Ambel pada November 2021, sebagai sebahagian projek dilaksanakan oleh WCS dan kerjasama dengan Pentadbiran Perikanan (FiA)," menurut kenyataan WCS.

Difahamkan, pihak pemuliharaan memberikan rawatan kepada labi-labi betina tersebut yang cengkerangnya retak teruk di Pusat Pemuliharaan Biodiversiti Angkor (ACCB).

Labi-labi Diraja diselamatkan dan dirawat di di Pusat Pemuliharaan Biodiversiti Angkor (ACCB). - Agensi
Labi-labi Diraja diselamatkan dan dirawat di di Pusat Pemuliharaan Biodiversiti Angkor (ACCB). - Agensi

"Walaupun ia mengalami kecederaan teruk, tisu baharu muncul di kawasan retak, ia mungkin kecederaan lama," tambahnya.

WCS berkata, labi-labi seberat 14.9 kilogram itu telah menerima rawatan kecederaannya di AACB dan ia memerlukan proses kesembuhan semulajadi yang lama.

Artikel Berkaitan:

Labi-labi Diraja atau dikenali sebagai Southern River Terrapin diklasifikasikan sebagai haiwan terancam dan dilindungi di peringkat global dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) dan dillindungi oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam ( CITES).

Haiwan ini dipercayai pupus di Asia Tenggara sehingga tahun 2000 dan populasi kecil ditemui semula oleh FiA dan WCS di Sungai Sre Ambel beberapa tahun selepas itu. - Agensi