Warga emas meninggal dunia dalam tandas

Mohamad Ismail ditemui dalam tandas awam tempat dia bekerja pada malam Selasa.
Mohamad Ismail ditemui dalam tandas awam tempat dia bekerja pada malam Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang pekerja tandas awam di Jalan Klebang Besar, di sini, ditemui meninggal dunia pada malam Selasa.

Mangsa yang juga warga emas, Mohamad Ismail Saadah, 67, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi kaunter tandas milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu dan laporan polis telah diterima pada jam 8.25 malam.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah pada mayat berkenaan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tambah beliau, punca kematian dipercayai akibat serangan jantung berdasarkan rekod kesihatan juga warga emas itu pernah menerima rawatan di hospital kerana menghidap penyakit itu tiga tahun lalu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: