Longkang tersumbat punca banjir kilat di Kajang

Keadaan banjir di kilometer 25.6, Lebuhraya Kajang Silk dari Putrajaya menghala ke Sungai Ramal Luar, di sini pada Rabu.
Keadaan banjir di kilometer 25.6, Lebuhraya Kajang Silk dari Putrajaya menghala ke Sungai Ramal Luar, di sini pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Longkang tersumbat dipercayai punca banjir kilat susulan hujan lebat di kilometer 25.6, Lebuhraya Kajang Silk dari Putrajaya menghala ke Sungai Ramal Luar, di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.52 petang.

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang pergi ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.

Kenderaan sudah boleh melalui jalan tersebut selepas paras air surut.
Kenderaan sudah boleh melalui jalan tersebut selepas paras air surut.

Norazam berkata, pihaknya mendapati berlaku limpahan air ke atas jalan raya dipercayai akibat longkang yang tersumbat susulan hujan lebat melebihi sejam.

"Anggaran ketinggian air adalah 0.9 meter dan telah mengakibatkan laluan tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan.

"Keadaan banjir kilat di lokasi kejadian telah surut sepenuhnya selepas setengah jam dan kenderaan sudah boleh melalui jalan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: