Kalah PRU15 jadi iktibar kepada UMNO, BN

Ahmad Maslan berkongsi gambar mesyuarat mingguan UMNO yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn pada Rabu.
Ahmad Maslan berkongsi gambar mesyuarat mingguan UMNO yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Segala kekalahan dan iktibar di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dijadikan ubat yang pahit demi memulihkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah dan kaedah strategik terus diambil untuk bangkit semula.

“Langkah dan kaedah strategik terus diambil untuk bangkit semula demi memulihkan parti untuk hadapi masa depan yang mencabar,” katanya menerusi Facebook pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut berkongsi gambar mesyuarat mingguan UMNO yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di sini.

“Kerja diteruskan dengan mesyuarat mingguan di Ibu Pejabat UMNO,” katanya.

Pada PRU15, BN hanya memenangi 30 kerusi berbanding 79 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU14 sekali gus mencatat rekod pencapaian terburuknya dalam pentas politik negara.

Artikel Berkaitan: