Kutipan tol di Lebuhraya DASH bermula tengah malam ini

Kutipan tol di Lebuhraya DASH akan bermula jam 12.01 tengah malam ini.
Kutipan tol di Lebuhraya DASH akan bermula jam 12.01 tengah malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kutipan tol di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan bermula jam 12.01 tengah malam pada Khamis, selepas lebih sebulan dikecualikan bayaran.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam kenyataan memaklumkan, kerajaan sebelum ini mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga 30 November 2022.

Justeru, kadar bayaran yang sama seperti sebelum ini akan dikenakan kepada pengguna melalui ketiga-tiga plaza tol lebuh raya berkenaan iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara susulan tempoh pengecualian telah tamat.

Kadar bayaran tol bagi kelas kenderaan satu iaitu kereta dicaj RM2.30, lori iaitu kelas dua (RM4.60), treler iaitu kelas tiga (RM6.90), kelas empat iaitu kereta jenis teksi (RM1.20) dan bas iaitu kelas lima dicaj RM2.30.

Kenyataan media Prolintas pada Rabu.
Kenyataan media Prolintas pada Rabu.

"Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

"Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 13 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengguna Lebuhraya DASH boleh menikmati perjalanan tanpa bayaran tol bermula tengah malam 14 Oktober hingga 30 November.

Artikel Berkaitan: