SPRM sokong usaha Anwar banteras rasuah, penyelewengan

Azam
Azam
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab dan amanah agar tidak terlibat dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Azam berkata, pihaknya mengalu-alukan dan sentiasa menyokong usaha membanteras rasuah bagi menjamin kestabilan negara.

Ini satu iltizam yang amat baik dan dialu-alukan daripada kepimpinan beliau (Anwar).

"Kita semua rakyat Malaysia diberi tanggungjawab dan amanah untuk tidak melakukan amalan rasuah dan salah guna kuasa kerana perbuatan itu mengakibatkan kesan buruk kepada negara," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Azam berkata demikian bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak akan bertolak ansur dengan gejala rasuah dan penyelewengan.

Tambah beliau, SPRM menyeru kepada semua pihak agar bekerjasama dalam bersama pihaknya bagi membanteras rasuah.

Dalam sidang akhbar pertama sebagai Perdana Menteri di ibu negara, Jumaat lalu, Anwar menegaskan pendirian tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan gejala rasuah dan penyelewengan di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

Anwar turut memberi keutamaan dalam aspek tata kelola pentadbiran kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!