[VIDEO] Polis rakam keterangan saksi kes pecah cermin kereta

Tular klip video berdurasi 19 saat di Facebook yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal memecahkan cermin kereta di Taman Tenaga, Cheras, di sini, pada Ahad lalu.
Tular klip video berdurasi 19 saat di Facebook yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal memecahkan cermin kereta di Taman Tenaga, Cheras, di sini, pada Ahad lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal memecahkan cermin kereta di Taman Tenaga, Cheras, di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kita juga telah merakam percakapan beberapa saksi bagi membantu siasatan, punca kejadian dipercayai suspek tidak puas hati kerana pengadu membunyikan hon ketika suspek melanggar lampu isyarat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Zam Halim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan," ujarnya.

Pada Selasa, satu klip video berdurasi 19 saat di Facebook yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal memecahkan cermin kereta dengan menggunakan topi keledar berhampiran lampu isyarat di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: