SPR tak pasti Tok Mat langgar peraturan atau tidak

Mohamad secara spontan menunjukkan kertas undi yang sudah ditandanya sebelum memasukkan ke dalam peti undi.
Mohamad secara spontan menunjukkan kertas undi yang sudah ditandanya sebelum memasukkan ke dalam peti undi.
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun tidak pasti sama tindakan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menunjukkan kertas undinya melanggar peraturan atau tidak.

Menurut Azhar, beliau perlu membaca peraturan mengenai perkara tersebut terlebih dahulu.

"Sebenarnya saya pun kurang pasti tentang peraturan mengenai perkara itu. Yang saya tahu undi adalah rahsia dan kerahsiaan undi seseorang itu orang lain tak boleh pecahkan.

"Tapi kalau dia sendiri nak pecahkan kerahsiaan itu, saya kurang pasti sama ada ia dihalang oleh undang-undang atau tidak," katanya kepada media selepas pengumuman rasmi keputusan PRK DUN Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Hari ini, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) dalam satu kenyataan mendakwa Mohamad melanggar undang-undang pilihan raya selepas mendedahkan kertas undi PRK DUN Rantau yang ditandanya di pusat mengundi SJKC Chung Hua, Rantau pagi tadi.

Menurut Bersih 2.0, tindakan Mohamad itu boleh mempengaruhi orang lain serta memudahkan pembelian dan penjualan undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersih dakwa Tok Mat langgar undang-undang dedah kertas undi

Artikel Berkaitan: